Resepi kami, Rahsia Kami...

satay diy


Perkhidmatan Kami

SATAY ALA-CARTE

Anda boleh menikmati satay kami secara ala-carte di gerai kami. Untuk KESEDAPAN BERPANJANGAN, satay kami disediakan bersama-sama dengan rempah SATAY D.I.Y dan dibakar secara tradisional di atas dapur arang sebagaimana penjual-penjual satay yang lain. Namun begitu, apa yang membezakan kami ialah rasanya, ya, RASANYA!! dan kami jamin anda pasti tidak akan hampa, InsyaALLAH.

Berapa harga satay kami? Cuma RM0.50 sahaja secucuk. MURAH!!

Gerai kami beralamat seperti berikut:

Lot 2644, Jalan Haji Musran, 
Rantau Panjang, 42100, Klang,
Selangor Darul Ehsan
(jalan menuju ke Pelabuhan Klang Utara)


SATAY - ORDER BASED

Di samping itu, kami turut menerima tempahan walau seberapa banyak pun satay daripada pihak anda. Samada tempahan hari raya, majlis perkahwinan atau apa sahaja, kami sedia membantu anda MEMERIAHKANNYA DENGAN SATAY KAMI. Anda boleh menempahnya dengan cara siap dibakar, atau kami datang ke tempat anda untuk membakarnya!

Antara pelanggan-pelanggan dan majlis-majlis yang menggunakan khidmat kami:

1) Rumah Terbuka Ketua Menteri Melaka - E'idil Fitri 2005 : 10,000 cucuk satay

2) Rumah Terbuka UMNO Sementa - E'idil Fitri 2005, 2004 dan 2002 : 15,000 cucuk satay

3) Rumah Terbuka PAS Sementa - E'dil Fitri 2005 : 3,000 cucuk satay

4) Rumah Terbuka Dato' Sanad - E'dil Fitri 2005 : 7,000 cucuk satay


Dan banyak lagi order-order perseorangan dan organisasi yang lain seperti firma perakaunan, institusi pendidikan, sekolah-sekolah, Jabatan Kerajaan dan sebagainya.

Anda perlukan maklumat lanjut? Mudah saja, isikan borang di bawah dan biar kami yang menghubungi anda. Namun begitu, anda juga boleh menghubungi kami secara terus iaitu:

Razak Hussin di 0193680495 atau 

Azrul di 0193799160. 

Tak mengapa, jangan susah-susahlah, biar kami sahaja yang menghubungi anda. Isikan borang di bawah dan kami akan hubungi anda. :-)


SATAY - RESELLER

Anda berminat untuk menjual satay? Apa kata anda dapatkan bekalan daripada kami? Kami mampu memenuhi keperluan anda!! Sila hubungi kami untuk rundingan dan sample percuma. Isikan sahaja borang di atas dan biar kami yang menghubungi anda. Pada hujung nama anda, taip perkataan (reseller) untuk tujuan kenal pasti. Kami juga mengalu-alukan segala bentuk kerjasama daripada semua pihak. ANDA DIPERSILAKAN.


CATERING 

Walaupun satay adalah kepakaran kami, namun skil masakan tetap menjadi "the most precious asset" yang kami miliki. Berbekalkan skil dan pengalaman kami, catering bukanlah perkara yang susah buat kami. Samada majlis perkahwinan, mesyuarat agung tahunan atau apa sahaja, kami mampu memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Harga kami adalah serendah RM8 sahaja!! 

Tak percaya? Percayalah kerana inilah fakta sebenar tentang khidmat kami. BERMINAT? Sila isikan butiran lengkap di bawah. Biar pakar masakan kami sendiri yang menghubungi anda! 


HUBUNGI KAMI:

   
Nama :
Emel :
No. Tel :
Pertanyaan :
   


Home | Pembelian | Servis | Newsletter | Program Affiliate | Blog Satay DiY | About Us | Hubungi Kami

Hakcipta Terpelihara © Walikard Enterprise 2006