|
MENGENAI KAMI
PENGASAS
Perniagaan satay kami telah diasakan sejak tahun 1950-an di mana arwah nenda kami yang tercinta telah memulakannya
di Temerloh, Pahang. Kesedapan sataynya yang turut dikenali dengan nama SATAY HUSSIN telah menjadi buah mulut rata-rata
penduduk di pekan kecil yang damai ini. Kini kesinambungan satay arwah telah disambung oleh anak-anak lelakinya yang lain
termasuklah Razak bin Hussin, seorang bekas pekerja berdedikasi KTMB-HQ di Klang, Selangor Darul Ehsan.
SUATU PERMULAAN
Perniagaan satay En Razak bin Hussin telah bermula pada tahun 2000, setelah berhenti daripada KTMB dan berhenti daripada
perniagaan barangan basah. Bermula dari detik itu, perniagaan beliau telah berkembang dan segala pengalamannya selama 13
tahun membantu arwah ibunya bergelumang dengan satay dengan telah menjadikan sataynya dikenali penduduk sekitar kerana
KESEDAPANNYA!!
Bermula dari bulan Julai 2006, perniagaan satay En Razak telah berkembang lagi dengan
mengembangkannya di alam cyber. Langkah ini telah di rintis oleh Mohd Azrul Razak, anak lelaki beliau yang pernah bertugas sebagai juruaudit dan eksekutif
akaun, di dalam dan luar negara.
Atas kesedaran pentingnya perniagaan di dalam menjana pendapatan yang positif, maka
terlahirlah www.sataydiy.com.
LOKASI
Perniagaan satay kami terletak di alamat seperti berikut:
Lot 2644, Jalan Musran, Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Anda menghadapi masalah ke tempat kami? Jangan bimbang, SMS kepada kami dan kami bersedia menghubungi anda bila-bila masa
sahaja.
NO PERHUBUNGAN
Razak bin Hussin - 0193680495
Mohd Azrul bin Razak - 0193799160
Sila SMS kepada kami dan biar kami yang menghubungi anda! Atau email sahaja pertanyaan anda kepada kami.
Email: inquiry@sataydiy.com
|